Peraturan Ujian Memandu
- Betulkan tempat duduk
- Betulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang
- Pakai tali pinggang keledar(untuk kelas D sahaja)
- Pastikan gear berada di dalam keadaan bebas sebelum enjin dihidupkan
- Hidupkan enjin, periksa lampu isyarat “signal”, lampu “double signal”, air, wiper dan hon.
- Gunakan brek dan brek tangan apabila diperlukan
- Mematuhi peraturan di lampu isyarat
- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan
- Mematuhi peraturan garisan dua selari
- Memandu di lorong yang betul
- Memandu kenderaan di jarak yang selamat
- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok
- Mematuhi had laju
- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal
- Memandu diselekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan dan lalulintas